3. HALA TUJU PENDIDIKAN ERA PASCA KEMERDEKAN

 

 HALA TUJU PENDIDIKAN ERA PASCA KEMERDEKAN

Oleh: Mu'az Al-Amin bin Mohd Zamri (D20201094459)


        Selepas negara kita mencapai kemerdekaan,kerajaan sedar akan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan taraf hidup dan pencapaian negara ke arah yang positif. Seterusnya, kerajaan mengambil tindakan dengan membentuk kurikulum yang terbaik dalam membangunkan  bidang pendidikan negara dan penambahbaikan sistem pendidikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan hala tuju pendidikan negara.



 Era 1957 hingga 1970

Bagi memantapkan sistem pendidikan negara, kerajaan telah membentuk Ordinan Pelajaran 1957. Rancangan Pendidikan yang dirangka kerajaan ini dibuat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan meliputi semua aspek perkembangan pendidikan Malaysia.Seterusnya, bagi mengembangkan lagi pendidikan negara, kerajaan telah merangka Laporan Rahman Talib (1960) yang mana ini adalah bagi memperkuatkan lagi saranan pada Penyata Razak.  Melalui laporan Rahman Talib 1960 Bahasa melayu diajarkan bermula dari umur tujuh tahun  di semua jenis sekolah rendah. Seterusnya, Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa pengantar untuk semua peringkat pendidikan dan mengadakan peperiksaan dan kurikulum yang serupa untuk semua sekolah di Malaysia. Bagi menjadikan seseorang pelajar menengah dan calon guru itu lulus peperiksaan, dalam ordinan ini menyatakan calon tersebut perlu lulus subjek Bahasa Melayu. Seterusnya kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberikan insentif kepada semua guru supaya mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu.

                Hasil dari Akta Pelajaran 1961 iaitu pada tahun berikutnya, setiap murid boleh menikmati pendidikan tanpa mengenakan sebarang bayaran. Ini adalah bagi memberi kemudahan dan hak belajar kepada semua pelajar tanpa mengira mereka dari golongan mana. Seterusnya, pada empat tahun kemudian, kerajaan memberi peluang pendidikan percuma selama sembilan tahun bermula selepas tadika hingga tingkatan tiga. Pada tahun 1966 hingga 1970 juga, Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan bagi meningkatkan taraf hidup dan pendidikan masyarakat desa terutama kepada yang kurang berkemampuan.

                Di sini, kita mengetahui bahawa pada era 1957 hingga 1970 adalah untuk negara memupuk perpaduan antara masyarakat dalam negara berdasarkan inisiatif yang diambil kerajaan. Di samping itu, dengan terbentuknya Falsafah Pendidikan yang tidak mengira suku bangsa dan agama ini mampu untuk menaikkan lagi kemajuan pendidikan di negara ini, kesan yang dapat dilihat pada era ini menunjukkan bahawa pendidikan pada masa ini membawa kepada perkembangan yang positif dalam sistem pendidikan.

 


Era 1971 hingga 1990

                Seterusnya, pada tahun 1971 hingga 1990 iaitu selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru dibuat yang mana dasar ini dilihat sebagai pemain peranan yang penting dalam peningkatan perkembangan pendidikan negara.Seterusnya, kerajaan berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat dengan menstabilkan sosio-ekonomi antara masyarakat. Selain itu, bagi memupuk perpaduan antara masyarakat yang pelbagai kaum telah menjadikan Bahasa Melayu sebabgai bahasa utama dan membaiki sistem pendidikan selepas membuat penelitian semula pada Dasar Pelajaran 1979.

                Dalam ikhtiar kerajaan meningkatkan pendidikan negara dilihat telah banyak memberi kesan yang positf terhadap golongan yang kurang mampu. Hal ini kerana, kerajaan telah melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Secara tidak langsung dapat meningkatkan kebajikan pelajar dan  menaikkan semangat pelajar untuk terus belajar tanpa memikirkan masalah kewangan.

                Seterusnya, pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan untuk percubaan. Kemudian diteruskan ke peringkat menengah yang dipanggil Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) selepas kemasukan murid tahun enam yang berakhir dengan KBSR. Seterusnya, dalam era ini juga Falsafah Pendidikan Negara telah diperkenalkan kearah membentuk modal insan dan menjadikan rakyat Malaysia bangsa yang baik dengan menjadikan insan yangberilmu pengetahuan, berilmu percaya kepada tuhan, bermoral, serta memiliki sahsiah seimbang dan sepadu sepertimana apa yang terkandung dalam FPN tahun 1987.  Kesan dari falsafah ini yang telah diperkenalkan sistem pendidikan negara lebih jelas sehingga sekarang kerana tujuan pendidikan adalah merujuk kepada FPN iaitu lebih ke arah untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.  Melalui penambahbaikan yang dibuat menjadikan sistem pendidikan  negara semakin hari semakin bersistematik. Dengan wujudnya FPN cita-cita untuk menjadikan negara Malaysia makmur dan masyarakat majmuk yang sejagat dapat dicapai.

 

   Era 1991 hingga 2000

Seterusnya, pada tahun 1992 kerajaan memperkenalkan pendidikan umum selama sebelas tahun yang mana bermaksud, setiap pelajar diwajibkan mengikuti persekolahan dari Darjah Satu hingga Tingkatan Lima. Seterusnya, kerajaan telah memurnikan KBSR kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Ini bagi meningkatkan serta mengukuhkan lagi sistem pendidikan dan hala tuju pada masa depan.

               


 Di samping itu, kita dapat lihat perubahan positif dalam pembangunan pendidikan melalui falsafah dan hala tuju pendidikan negara. Seterusnya, kerajaan meningkatkan perundangan  bagi melancarkan pembangunan pendidikan melalui penggubalan undang-undang dan pindaan akta seperti Akta Pelajaran 1961 dengan digantikan dengan Akta Pendidikan Tinggi Negara 1996 yang mana membolehkan penubuhan sebuah majlis yang bertujuan bagi menentukan dasar dan menyelaraskan pembangunan Pendidikan Tinggi. Mewujudkan Akta Lembaga Akredasi Negara (LAN) 1996 ini bagi menjadikan tahap pendidikan dijamin berkualiti tinggi dan terpelihara akan mutu pendidikan kerajaan dan  pendidikan swasta. Selain itu, Akta  PTPTN (pindaan 2020) yang mana dibenarkan pelajar membuat pinjaman untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi atau swasta.

                  Sebagai kesimpulannya, di era ini banyak berlaku pembangunan yang dibuat kerajaan bagi mencapai cita-cita negara ke arah hala tuju pendidikan supaya lebih cemerlang pada masa akan datang seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju.

 

Comments