4. HALA TUJU PENDIDIKAN ERA SEMASA DAN MASA DEPAN

 HALA TUJU PENDIDIKAN ERA SEMASA DAN MASA DEPAN

Oleh: Auni Zakiah binti Mohd Nadhir (D20201094460)



            Pendidikan di Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk memacu negara kearah status negara maju. Pelbagai cabaran baru yang perlu dihadapi rakyat Malaysia kesan daripada globalisasi, liberalisasi perantarabangsaan dan juga perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Begitu juga dalam bidang pendidikan, hala tuju perkembangan pendidikan era semasa dan masa depan turut memainkan peranan penting terhadap pembangunan insan dan negara.

            Pendidikan era semasa adalah mengikut struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan berdasarkan sistem politik dan pentadbiran negara masa kini. Pendidikan era semasa ini berlaku disebabkan kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan yang dikenali dengan Revolusi Pendidikan 4.0. Manakala pendidikan masa depan pula adalah proses, cara atau perbuatan untuk menjadi maju dalam proses pembelajaran serta untuk kehidupan pada waktu akan datang.


ASPEK YANG DITEKANKAN DALAM PENDIDIKAN

            Terdapat lima aspek yang ditekankan dalam mencapai hala tuju pendidikan masa kini dan masa depan yang telah dimuatkan dalam video di bawah:


PENDIDIKAN MASA KINI KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

''Arah yang diberikan pendidikan adalah untuk mengawali hidup seseorang akan menentukan masa depannya'' Plato. Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan mampu membawa kita kepada zaman yang lebih baik. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelbagai perubahan yang dilakukan dalam bidang pendidikan kepada masa depan. PendidIkan maka insan cemerlang mampu dilahirkan dan kemajuan negara dapat dipertingkatan.

     Pendidikan yang berkualiti dan bermutu tinggi mampu melahirkan insan yang berpengetahuan luas. Melalui pendidikan yang diserap oleh seseorang individu akan menjadikannya seorang insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Apatah lagi pada zaman alaf ke-21 ini, banyak perkara yang boleh dipelajari dengan mudah kerana kita hidup pada zaman teknologi. Sebagai contohnya, penerapan tentang penggunaan teknologi ICT di sekolah dapat mendorong individu untuk mengenali dunia teknologi seiring dengan kemodenan negara. Seterusnya, pengetahuan yang luas dalam pelbagai perkara seperti keusahawaan boleh mendorong masyarakat untuk memajukan diri sendiri. Jelaslah bahawa pendidikan akan mendorong individu untuk menguasai pengetahuan yang luas serta dinamik. Hal ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan individu yang berilmu pengetahuan luas.

     Pendidikan amatlah berkait rapat dengan pembangunan negara kerana rakyat yang berpendidikan akan melonjakan nama negara dipersada dunia. Seperti yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak, ''Sesebuah bangsa yang tidak mempunyai ilmu akan tewas kepada pihak lain kerana tanpa ilmu kita tidak akan mempunyai kekuatan bagi mengatasi pihak tersebut''. Maka, jelaslah bahawa untuk melangkah ke hadapan dalam bidang pendidikan sepadan dengan kemodenan serta pembangunan negara lain, kita perlulah mempunyai pengetahuan yang luas, Kemahiran yang tinggi dan sikap kepemimpinan yang mantap daripada pendidikan akan mampu membawa nama negara.

    

CIRI-CIRI PENDIDIKAN ERA SEMASA DAN USAHA UNTUK MENCAPAI CIRI-CIRI TERSEBUT

            Ciri-ciri dan nilai pendidikan era semasa termasuklah lahir masyarakat yang glokal, mempunyai pendidikan bertaraf dunia, memiliki minda kelas pertama, pemerkasaan sekolah kebangsaan, kewujudan sekolah bestari serta sekolah berprestij tinggi.  Justeru, antara usaha untuk mencapai ciri-ciri pendidikan era semasa termasuklah kerajaan memperluaskan pendidikan iaitu bermula diperingkat kanak-kanak seperti prasekolah sehingga ke peringkat institusi, melaksanakan dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, pengukuhan kurikulum kebangsaan, dan juga mewujudkan pendidikan kelas pertama.


            Kesimpulannya, perkembangan pendidikan di Malaysia era semasa dan masa depan ini sangat penting dalam pembangunan insan dan juga negara. Oleh itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk memartabatkan pendidikan negara yang serta memperbaiki kelompongan yang ada pada masa ini supaya sector pendidikan akan datang lebih sistematik. Guru adalah antara insan terpenting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tercapai. Maka, para guru perlu bersifat kompetan dalam menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.

Comments