2. HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PENJAJAHAN

HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PENJAJAHAN 

Oleh: Amir Hazwan bin Amiruddin (D20201094458)

          Pada masa kini,sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara kearah yang lebih baik.Malaysia merupakan negara yang mempunyai masayarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlulah selari dengan keperluan masyarakat.Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan negara.

          Hala tuju pendidikan pada era penjajahan mempunyai pelbagai hala tuju mengikut negara yang menjajah.Antara negara yang menjajah ialah Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun.

 

Era Penjajahan Portugis

Pada era penjajahan Portugis,telah berlakunya pendidikan statistik kerana dasar tidak ambil peduli.Pada ketika itu juga berlakunya kejatuhan empayar Melayu pada tahun 1511.Hal ini menyebabkan  pendidikan Islam terpinggir kerana Portugis lebih mementingkan kepada perkembangan agama Kristian.Di samping itu,berlakunya pembinaan dan penubuhan gereja dan perobohan masjid-masjid seperti yang berlaku di Melaka.Dasar peminggiran pendidikan berterusan semasa pemerintahan Belanda dan menyebabkan pendidikan menjadi beku.


Era Penjajahan Belanda

Pada era penjajahan Belanda juga berlakunya pendidikan statistik kerana dasar tidak ambil peduli dan berlakunya juga kejatuhan Portugis ke tangan Belanda.Pendidikan Islam turut terpinggir kerana Belanda juga lebih mementingkan kepada perkembangan agama Kristian dan ideologi Kristian.Dasar peminggiran pendidikan juga diteruskan sama seperti semasa penjahahan Portugis dan pendidikan turut menjadi beku.Belanda lebih mementingkan dan memberi tumpuan kepada perkembangan ekonomi dan agama Kristian.

 


Era Penjajahan Inggeris

Era penjajahan telah mengubah sistem pendidikan tradisional dengan amat ketara. Kedatangan Inggeris telah mengubah corak pendidikan era tradisional yang berorientasikan keperluan identiti  kaum. Terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza iaitu orang Barat telah menubuhkan sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah pondok, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil. Falsafah pendidikan sekolah Melayu berbentuk kemahiran yang sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang selain mendapat pendidikan dasar selama empat tahun. Falsafah pendidikan Cina lebih cenderung untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang matematik, sains dan sebagainya. Manakala hala tuju sistem pendidikan Tamil telah mengalami perubahan kerana dasar pentadbiran Inggeris yang memberi bantuan dan kemahiran. Penubuhan sekolah Inggeris pula berteraskan falsafah untuk mengembangkan agama Kristian dan ideologi penjajah Inggeris. Landasan yang digunakan pada era penjajahan adalah mengikut dasar penjajah iaitu dasar pecah dan perintah.


Ciri-ciri Pendidikan Era Penjajahan Inggeris

1)Mempunyai ciri yang berbeza daripada sekolah vernakular yang lain

2)Terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Kecuali Malay College Kuala Kangsar yang hanya dikhaskan untuk anak-anak Melayu

3)Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris- Sekolah Inggeris hanya didirikan di Bandar dan yuran yang dikenakan adalah tinggi

4)Menerima sokongan dan bantuan kewangan dari gereja

5)Terdapat kokurikulum sendiri



Era Penjajahan Jepun

Pendudukan Jepun berlaku pada tahun 1941 sehingga 1945.Matlamat pemerintahan Jepun ialah menjadi kuasa politik yang paling unggul dan berpengaruh di rantau Asia Timur menerusi Gagasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Raya(Daitoa Kyoeiken) dan Persaudaraan Sejagat(Hakko Ichiu).Antara unsur penting yang ditekankan dalam system pendidikan Jepun ialah pendidikan berteraskan kemahiran,pengajaran bahasa Jepun dan penanaman Seishin dalam diri masyarakat tempatan.Penjajahan Jepun juga bermatlamat untuk menanamkan kepatuhan dan kesetiaan kepada Maharaja Jepun,pemimpin dan negara.Selain itu,mereka juga menjadikan Bahasa Jepun(Nippon-Go)sebagai bahasa perantara utama Asia.Mereka juga memberikan kemahiran melalui pendidikan teknikal.Pemerintahan Jepun juga menyekat perkembangan pengaruh Barat terutamanya British.


Garis Panduan Sistem Era Penjajahan Jepun

1)Pendidikan mestilah dapat merapatkan hubungan Tanah Melayu dengan Jepun kerana Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada Kawasan kemakmuran bersama

2)Sekolah perlu menekankan aspek kecergasan fizikal pelajar

3)Pendidikan mesti mampu membantu mengatasi masalah ekonomi

4)Nippon Seishin mestilah diterapkan di sekolah bagi membentuk pemikiran dan disiplin pelajar


         Kesimpulannya,pendidikan pada zaman dahulu mengambil berat terhadapa aspek mengagungkan tanah air sendiri sebagai contoh masyarakat zaman dahulu menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama seperti keweujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal yang berkaitan dunia akhirat.Pendidikan zaman dahulu juga berorientasikan negara seperti pendidikan vernakular Cina yang berasakan negara mereka iaitu China,manakala pendidikan India pula berorientasikan negara mereka iaitu India.Pendidikan Jepun juga turut berorientasikan negara sendiri kerana kebanyakan sekolah pada masa itu diajar dalam bahasa Jepun.Oleh itu,masyarakat pada zaman ini perlulah mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku kepada pendidikan pada zaman era penjajahan supaya ianya tidak berulang kembali dan tahap dan falsafah pendidikan di Malaysia dapat dicapai.Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang terancang memainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial.Oleh itu, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahan demi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan sebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang berorientasikan falasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan.


Comments