KESIMPULAN

 

            


            Berdasarkan penerangan tentang hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era masyarakat tradisional, era penjajahan, era pasca merdeka, serta era semasa dan masa depan terhadap pembangunan insan dan negara yang telah kami terangkan sebelum ini, jelaslah bahawa sejak dahulu lagi Malaysia telah melalui suatu tempoh yang panjang dalam bidang pendidikan. Bermula sejak era masyarakat Melayu tradisional menerusi pendidikan informal dan sistem pendidikan pondok, seterusnya berkembang semasa era penjajahan Inggeris apabila sekolah vernakular diperkenalkan. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, pendidikan semakin menyeluruh kearah membina perpaduan dan sumber tenaga kerja. 

            Pendidikan di Malaysia juga berkembang pesat menerusi pelbagai bentuk reformasi, transformasi dan pembangunan pendidikan dalam tempoh tiga dekad ini. Pendidikan di Malaysia kini berada jauh di hadapan setanding negara-negara membangun lain malah menjadi rujukan serta mampu menandingi negara-negara tersebut. Contohnya, pelajar Malaysia telah menjuarai pertandingan robotic pada peringkat dunia, menjuarai debat antara pendidikan tinggi dunia, guru-guru Malaysia juga diiktiraf sebagai guru yang paling berdedikasi di dunia. Ini hanyalah sebagai contoh, namun realitinya, terdapat banyak lagi kejuaraan dan rekod dunia yang dikecapi oleh anak Malaysia. Semua kejayaan yang kita raih ini bermula daripada pendidikan, kita belajar daripada penjajah, seterusnya membina negara selepas merdeka dan kita bersaing pada era moden ini untuk mengekalkan perkembangan dalam bidang pendidikan.


Sekian, terima kasih.

Comments